Selamat Datang Di Website Religi Dunia Maya (Reduma)

Minggu, 30 September 2012

Muhammad bin Abdullah


Muhammad bin Abdullah (570 M-8 Jun 632 M) nama ini tidak asing lagi terdengar di telinga kita. Sebagai mahasiswa yang berintelektual maka merupakan kewajiban untuk mengenal beliau. Beliau merupakan nabi dan rasul yang terakhir bagi umat Islam. Lebih dikenali sebagai Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam. Muhammad dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi yang lain.

Muhammad dilahirkan di Makkah, Semenanjung Arab, baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun). Ketika Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Tuhan melalui malaikat Jibril ketika sedang berada di Gua Hira. Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup yang diterima Allah saja.

Muhammad menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri daripada pelbagai golongan. Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh itu, Muhammad telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah berhijrah ke Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M. Peristiwa penghijrahan Muhammad itu menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah, Muhammad telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah. Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta menakluknya. Muhammad dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah.[10] Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas peristiwa Haji Wida atau Haji Perpisahan, Muhammad telah jatuh sakit lalu meninggal dunia. Ketika kematiannya, hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam dan bersatu dengan tatanegara Islam

Dalam hal kepemimpinan, baginda adalah seorang yang tegas dan selalu hidup bersama ummat, kejujuran dan keberaniannya menjadikannya menjadi urutan pertama manusia yang sangat berpengaruh untuk dunia.

Berikut adalah biodata baginda 
Nama : Muhammad Bin Abdullah 
Lahir : 570/571 Masehi di Makkah Jazirah Arab (sekarang Saudi Arabia)
Meninggal : 8 Juni, 632 (umur 63) di Madinah, Jazirah Arab (kini Arab Saudi)
Nama panggilan : Al-Amin, As-Saadiq, Rasul Allāh dan Abu al-Qasim
Dikenal karena : Pembawa agama Islam
Agama : Islam
Orang tua : Ayah: ‘Abdullāh Bunda: Āminah

Sumber : Diadaptasi dari Tokoh Wikipedia

0 komentar:

Posting Komentar

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes